Wednesday, April 11, 2012

Perut muncit

here i paste some tips on reducing perut buncit from the net.


Tips  untuk mengelakkan lemak-lemak berlebihan di sekitar perut

1.  Elak ‘liposuction’, pil diet, diet secara ekstrim etc.

2. Mengambil makanan seperti oat kerana ia rendah lemak, rendah karbohidrat yang tidak baik, dan rendah kalori tetapi tinggi nilai nutrisinya. Oat lebih elok dimakan kosong tanpa gula atau garam @ boleh menambah madu atau buah-buahan ke dalam hidangan oat.

3. Makanan serat atau bijirin penuh, buah-buahan segar, brokoli, lobak, dan tomato. Makanan ini tidak mempunyai kalori yang tinggi tetapi mempunyai banyak serat fiber, mineral dan vitamin di dalamnya.

4. Makan dalam jumlah yang kecil (4 – 6 hidangan) berbanding mengambil 1 – 3 hidangan yang banyak dalam sehari. Kadar metabolisma akan meningkat kerana metabolisma tidak perlu memecahkan makanan sesukar yang dihadapi sekiranya makan makanan dengan jumlah yang banyak. Selain itu, dengan meminum teh atau kopi juga boleh meningkatkan metabolisma tetapi haruslah mengawal pengambilan minuman jenis ini.

5. Senaman sekurang-kurangnya 3 – 4 kali setiap minggu.

6. Semasa bersenam adalah disyorkan untuk bersenam sambil mendengar lagu atau apa jua jenis muzik kegemaran untuk membantu fokus semasa bersenam.

7.  Buat pelan latihan dan diet harian dan mematuhi pelan tersebut setiap hari.

8.  Makan makanan seperti pisang, buah anggur, telur putih, kekacang, minyak zaitun, dan buah zaitun.

Dipetik & diedit drp 8 Tips Elak Perut Buncit



Malu Perut Buncit

Tips lagi...

1. Minum banyak air

2. Kurangkan pengambilan garam 

3. Makan perlahan-lahan  -jangan makan dengan gelojoh

4. Pengambilan serat – seperti epal dan pear. Lengkapkan hidangan harian dengan sekurang-kurangnya semangkuk buah-buahan. Vitamin yang terkandung dalam buahan segar bukan saja baik untuk kulit malah mengandungi fiber untuk melancarkan sistem perkumuhan.

5.Elakkan sembelit – Makanlah banyak sayur-sayuran dan buah-buahan untuk mengelakkan sembelit. Kadar normal adalah 1~2 kali sehari.

6. Bersenam - Lakukan senaman latih tubi di rumah ketika mempunyai waktu terluang. Caranya sangat mudah sama ada ketika atau sebelum tidur. Cukup sekadar 10 hingga 15 kiraan setiap hari.

7. Bersarapan dengan yogurt - Dipercayai pengambilan yogurt yang rendah lemak ketika sarapan dapat membantu menghilangkan lemak pada perut. 

8. Hindari minuman beralkohol 

9. Amalan posisi ketika duduk – Amalkan cara duduk tegak kerana apabila duduk dalam keadaan membongkok, perut bahagian bawah akan kelihatan lebih besar. Untuk melatih otot sentiasa kencang, amalkan mengemut otot perut ketika sedang duduk. Kemudian tarik bahu ke belakang dan dagu ke atas. Sandarkan punggung bawah dekat pada penyandar kerusi. Amalan ini membantu membaiki postur badan anda.

10. Lakukan kerja rumah –seperti membersihkan rumah, mengemas kamar tidur atau ketika menonton televisyen, anda boleh melakukan aktiviti mengangkat beban. Ia bukan saja dapat membakar 350 kalori sejam tapi turut membakar lemak yang berkumpul pada perut anda.


Dipetik & diedit drp Malu Perut Buncit!

No comments:

Post a Comment