Tips untuk
mengelakkan lemak-lemak berlebihan di sekitar perut
1. Elak
‘liposuction’, pil diet, diet secara ekstrim etc.
2. Mengambil makanan seperti oat kerana ia rendah lemak,
rendah karbohidrat yang tidak baik, dan rendah kalori tetapi tinggi nilai
nutrisinya. Oat lebih elok dimakan kosong tanpa gula atau garam @ boleh menambah
madu atau buah-buahan ke dalam hidangan oat.
3. Makanan serat atau bijirin penuh, buah-buahan segar,
brokoli, lobak, dan tomato. Makanan ini tidak mempunyai kalori yang tinggi
tetapi mempunyai banyak serat fiber, mineral dan vitamin di dalamnya.
4. Makan dalam jumlah yang kecil (4 – 6 hidangan) berbanding
mengambil 1 – 3 hidangan yang banyak dalam sehari. Kadar metabolisma akan
meningkat kerana metabolisma tidak perlu memecahkan makanan sesukar yang
dihadapi sekiranya makan makanan dengan jumlah yang banyak. Selain itu, dengan
meminum teh atau kopi juga boleh meningkatkan metabolisma tetapi haruslah
mengawal pengambilan minuman jenis ini.
5. Senaman sekurang-kurangnya 3 – 4 kali setiap minggu.
6. Semasa bersenam adalah disyorkan untuk bersenam sambil
mendengar lagu atau apa jua jenis muzik kegemaran untuk membantu fokus semasa
bersenam.
7. Buat pelan latihan
dan diet harian dan mematuhi pelan tersebut setiap hari.
8. Makan makanan
seperti pisang, buah anggur, telur putih, kekacang, minyak zaitun, dan buah
zaitun.
Dipetik & diedit drp 8 Tips Elak Perut Buncit
Malu Perut Buncit
Tips lagi...
5.Elakkan sembelit – Makanlah banyak sayur-sayuran dan buah-buahan untuk mengelakkan sembelit. Kadar normal adalah 1~2 kali sehari.
1. Minum banyak air
2. Kurangkan pengambilan garam
3. Makan perlahan-lahan -jangan makan dengan gelojoh
4. Pengambilan serat – seperti epal dan pear. Lengkapkan
hidangan harian dengan sekurang-kurangnya semangkuk buah-buahan. Vitamin yang
terkandung dalam buahan segar bukan saja baik untuk kulit malah mengandungi
fiber untuk melancarkan sistem perkumuhan.
5.Elakkan sembelit – Makanlah banyak sayur-sayuran dan buah-buahan untuk mengelakkan sembelit. Kadar normal adalah 1~2 kali sehari.
6. Bersenam - Lakukan senaman latih tubi di rumah ketika
mempunyai waktu terluang. Caranya sangat mudah sama ada ketika atau sebelum
tidur. Cukup sekadar 10 hingga 15 kiraan setiap hari.
7. Bersarapan dengan yogurt - Dipercayai pengambilan
yogurt yang rendah lemak ketika sarapan dapat membantu menghilangkan lemak pada
perut.
8. Hindari minuman beralkohol
9. Amalan posisi ketika duduk – Amalkan cara duduk tegak
kerana apabila duduk dalam keadaan membongkok, perut bahagian bawah akan
kelihatan lebih besar. Untuk melatih otot sentiasa kencang, amalkan mengemut
otot perut ketika sedang duduk. Kemudian tarik bahu ke belakang dan dagu ke
atas. Sandarkan punggung bawah dekat pada penyandar kerusi. Amalan ini membantu
membaiki postur badan anda.
10. Lakukan kerja rumah –seperti membersihkan rumah, mengemas
kamar tidur atau ketika menonton televisyen, anda boleh melakukan aktiviti
mengangkat beban. Ia bukan saja dapat membakar 350 kalori sejam tapi turut
membakar lemak yang berkumpul pada perut anda.
Dipetik & diedit
drp Malu Perut Buncit!
No comments:
Post a Comment